Ammin Zul: Jumaat, Mac 09, 2012

1 maut, 20 cedera hotel di Bangkok terbakar

2012/03/09

BANGKOK: Sekurang-kurangnya seorang pelancong terbunuh dan kira-kira 20 yang lain cedera apabila sebuah hotel di bandaraya Bangkok terbakar, kata pegawai tempatan hari ini. 

Kebakaran itu dipercayai bermula di dalam bilik mesyuarat di tingkat lima Hotel Grand Park Avenue di Jalan Sukhumvit, lewat petang semalam sebelum merebak ke bilik tetamu.


"Seorang pelancong asing wanita meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran," kata Pengarah Hospital Kluay Nam Thai, Suvinai Busrakamwongs sambil menambah identiti mangsa tidak diketahui kerana tidak mempunyai kad pengenalan.
"Seorang lagi pelancong lelaki berada dalam unit rawatan rapi," kata Suvinai.

berita disunting dari BERITA HARIAN