Ammin Zul: Isnin, Mac 05, 2012

JOM LIKE RAMAI-RAMAI

http://www.facebook.com/amminzul1

Kampung pengasas KFC musnah


103 puting beliung landa Amerika, dua kanak-kanak antara mangsa ditemui

CRITTENDEN: Sebanyak 103 puting beliung melanda seluruh Amerika Syarikat sejak seminggu lalu, yang turut menyebabkan kerosakan di Henryville, kampung halaman David Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) di Indiana.
Laporan terbaru memberi sedikit berita ceria apabila seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki ditemui selamat di Salem, Kentucky, tetapi mereka kini menjadi yatim piatu selepas semua ahli keluarga terbunuh akibat puting beliung itu.
Pada Jumaat lalu, 51 puting beliung dilaporkan bergerak di tujuh negeri Amerika menjadikan bilangannya sebanyak 103 sejak lebih seminggu lalu, meskipun angka itu tidak dapat disahkan.

Kawasan paling teruk ‘diserang’ puting beliung di tengah bandar Henryville ialah sebuah kediaman yang menjadi asrama pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi.

Semua pelajar dipindahkan sebelum puting beliung melanda. 

Tetapi, kira-kira 40 pegawai sekolah dan pelajar terpaksa berlindung dalam pejabat sekolah rendah itu, kerana puting beliung terlalu hampir dengan tempat itu dan seterusnya menyebabkan bumbung sekolah tercabut. 
Sementara itu, budak perempuan berusia dua tahun ditemui di sebuah padang di Salem, beberapa kilometer dari rumahnya dan kini berada dalam keadaan tenat.

Dia yatim piatu selepas ibu bapanya, seorang adik berusia dua bulan dan abang, 3, terbunuh dibawa angin, kata jurucakap Hospital Kanak-Kanak Kosair di Louisville, Cis Gruebbel. 

Turut parah ialah seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang ditemui di Henryville, timur Salem.

Jurucakap Jabatan Syerif County Clark, Chuck Adams, berkata budak itu mulanya hilang selepas beberapa puting beliung berkelajuan 281 kilometer sejam melanda kampung halaman Sanders.

Puting beliung minggu lalu mencetuskan kebimbangan penduduk bahawa bencana alam akan lebih teruk pada tahun ini, selepas 550 maut kerana puting beliung di Amerika tahun lalu. – Agensi






berita disunting dari BERITA HARIAN

Pekerja Islam perlu tutup aurat di Gorontalo





JAKARTA: Gabenor Gorontalo, Rusli Habibie, melaksanakan secara rasmi dasar memakai tudung kepada semua pekerja wanita beragama Islam yang bertugas di pejabat pentadbiran wilayah berkenaan mulai Khamis lalu. 

Peraturan baru itu mewajibkan mereka menutup aurat menurut Syariah selain menunjukkan peri laku mengikut ajaran Islam sepanjang waktu kerja.
Berpuluh-puluh kakitangan wanita dilihat sudah pun memakai tudung di pejabat pentadbiran Gorontalo berikutan pelaksanaan dasar itu.
“Bukan hanya tudung tetapi semua pekerja Islam perlu meninggalkan kerja sebaik mendengar azan. Semua orang, kecuali pekerja wanita yang uzur, perlu ke masjid untuk bersolat,” Rusli dipetik sebagai berkata oleh agensi berita di sini. 

Dasar itu adalah yang kedua dilaksanakan Rusli sejak memenangi pilihan raya tempatan Gorontalo Disember tahun lalu, yang disokong oleh Parti Golkar. 

Baru-baru ini Rusli melaksanakan dasar yang mewajibkan gaji kakitangan lelaki dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing, yang dikatakan penting untuk mempromosikan sikap keterbukaan antara pegawai dan isteri mereka serta mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam. 

Gorontalo terletak di utara Sulawesi. Ia membentuk pentadbiran sendiri mulai Disember 200 selepas berpecah dengan wilayah Sumatera Utara. – Agensi





berita disunting dari BERITA HARIAN.

Upload stories

HI, maaf lh sebab dah lama tak masukkan cerita2.. Sebab ammin banyak kerja, sekolah, berniaga, pada minggu ni pulak sekolah ammin smk ade putra http://sekolah.mmu.edu.my/smkadeputra/ nak jadi tuan rumah bagi sukan seluruh melaka untuk tahun ni.. so banyak lah kerja nak buat, maybe nanti ammin masukan tentang itu.ye.