Ammin Zul: Ahad, Februari 19, 2012

telefon 3D

PENGENALAN telefon pintar yang dibangunkan LG Corp berasaskan teknologi tiga dimensi (3D) menjadi tumpuan kalangan peminat peranti teknologi moden tahun ini. 

LG Optimus 3D P920 adalah produk pertama di dunia yang mengetengahkan inovasi penyampaian visual lebih kreatif dan serta menepati standard teknologi 3D tahun ini.
Keberanian syarikat konglomerat kedua terbesar Korea Selatan memanfaatkan ruang yang disediakan sistem operasi Android 2.2 dalam teknologi 3D wajar diberikan pujian.
Penilaian itu berdasarkan kualiti penyampaian visual serta imej yang mampu menandingi kelengkapan digital lain, khususnya televisyen 3D yang boleh didapati di pasaran ketika ini. 

Lebih menarik, LG Optimus 3D P920 adalah peranti moden yang tidak memerlukan penggunaan kaca mata khas 3D ketika melihat semula imej dan video yang dirakam. 

Pada ukuran 128.8 x 68 x 11.9 milimeter dan seberat 168 gram, saiz telefon pintar ini adalah lebih besar. 

Bagaimanapun, reka bentuk luaran berasaskan bahan plastik hitam dan diperkemaskan dengan sentuhan metalik masih mampu mengekalkan ciri ekslusif telefon 3D pertama di dunia. 
Faktor penyumbang kepada saiznya dipengaruhi dua unit pengesan kamera lima megapiksel yang ditempatkan pada bahagian belakang telefon berkenaan. 

Komponen terbabit adalah ciri penting bagi memastikan fungsi penyampaian imej dan video 3D menerusi produk yang lebih kecil dan kompak dirasai. 

Sistem 3D pada telefon pintar LG Optimus itu turut menyokong format video 2D. Ini bagi membolehkan pengguna menikmati format imej Definisi Tinggi (HD) lengkap 1080p kerana sistem 3D yang diperkenalkan hanya mampu menyediakan rakaman visual pada resolusi 720p. 

Operasi kamera untuk imej dan video 3D mudah dikendalikan dengan proses pemindahan mod 2D dan 3D boleh dilakukan menerusi satu kawalan butang fungsi. 

Selain ciri utama 3D, pembangun produk telefon pintar terkini LG tidak memandang remeh fungsi lain untuk model itu, khususnya keupayaan melayari internet. 

Penggunaan prosesor teras berkembar membolehkan pelayaran internet lebih lancar manakala skrin resolusi tinggi memudahkan pengguna membaca teks pada laman web atau e-mel. 

Namun, terdapat beberapa kelemahan pada produk ini seperti aspek kecekapan fungsi kamera dan pengurusan bateri walaupun fungsi 3D tidak digunakan. 

Secara keseluruhannya, penampilan sulung fungsi 3D itu adalah pendekatan yang positif serta berani dan dijangkakan dalam tempoh terdekat lebih banyak produk telefon mudah alih berkonsepkan 3D akan ditawarkan kepada pengguna. 

Namun pada harga lebih tinggi dan bilangan produk digital berasaskan teknologi 3D yang masih rendah, keperluan pengguna untuk memilikinya masih menjadi persoalan. 

Kukuhdan Lasak

TREND kamera dengan kemampuan SLR mengilhamkan Olympus untuk melancarkan dua kamera kompak terbarunya, Olympus TG-620 dan TG-820. 

Kedua-duanya nempunyai kemampuan SLR Quality images kerana menggunakan sensor CMOS dengan image engine processor TruePic VI yang biasanya digunakan untuk kamera DSLR.
Malah, apa yang menjadikan kamera ini lasak dan kukuh adalah kedua-dua kamera ini mampu bertahan dalam air pada kedalaman lima meter. Selain itu, ia juga mampu bertahan dalam apa juga keadaan cuaca dengan minimum 10 darjah celsius dan tahan jatuh.
Anda boleh merakamkan gambar dengan hasil yang berkualiti setara SLR serta dibantu teknologi IHS (Intelligence, High Sensitivity and High Speed) sehingga hasil gambar menjadi semakin sempurna. 

Kedua-dua kamera ini dilengkapi kemampuan 12 MP backlit CMOS Sensor, auto fokus, dan lima kali wide optical zoom selain magic filters, image stabilization, mode beauty make-up dan mode panorama. 

Olympus TG-620 dan TG-820 boleh didapati mulai sekarang pada harga RM999 dan RM1,299 dengan pilihan warna pink, biru, hijau, hitam, perak dan putih. 

Spesifikasi Olympus TG-620 & TG-820: 
Perbezaan dari TG-620 VS TG-820 terletak pada ketahanan kedalaman air, goncangan serta skrin LCD di mana TG-820 memiliki spesifikasi lebih baik. 

* 5x wide optical zoom (28-140mm*) 
* 12 Mega piksel backlit CMOS 
* 1080p Full HD Movie and HDMI Control 
* Multi-motion Movie IS 
* iHS Technology 
* Dual Image Stabilisation 
* Magic Filter Movie and/or Stills 
* HDR Backlight Adjustment 
* Advanced iAuto and AF Tracking 
* Face Detection and Advanced SAT 
* Super-resolution Zoom 
* 3D Photo Shooting Mode 
* Beauty Make-up Mode 
* Pet Detection Mode 
* In-Camera Panorama