Ammin Zul: Selasa, Februari 14, 2012

Jam muzik

 APABILA merujuk kepada produk Apple Inc, yang sering diperkatakan adalah komputer MacBook, tablet iPad, telefon pintar iPhone dan pemain muzik iPod.

Kepada pengguna yang berminat mendekatkan diri dengan revolusi gajet yang diilhamkan mendiang Steve Jobs, pasti tidak menyedari pelbagai produk lain turut ditawarkan di Apple Store (kedai dalam talian Apple).
Dalam siri mingguan iBH kali ini, GAJET akan mengupas secara terperinci jam tangan berjenama iWatchz bagi Siri Q yang dibina untuk menyokong sistem iPod nano generasi keenam.
Bagi Siri Q iWatchz, ia boleh diperoleh menerusi kedai dalam talian http://store.apple.com.

Malah, ia juga disenaraikan antara produk terlaris dijual menerusi kedai dalam talian Apple Store.

iWatchz nanoclipz menggunakan sistem klip, iaitu dengan membolehkan pemain muzik iPod nano generasi keenam dipasang pada tali jam tangan yang didatangkan dalam lima warna.

Kepelbagaian warna tali jam iWatchz pula membolehkan pemilik iPod nano membuat pilihan berdasarkan mood ketika itu. 
Ia lebih unik apabila iWatchz Siri Q itu bukan saja mampu dijadikan penunjuk masa daripada iPod nano, tetapi teman hiburan dalam apa jua keadaan.

Dari segi binaan tali jamnya, ia dihasilkan dengan menggunakan bahan silikon dan besi tahan karat.

Apabila iPod nano yang sesuai berjaya dipasang, ia seperti jam tangan muzik yang boleh di bawa ke mana saja.

Butang kawalan akan berfungsi seperti biasa dan sambungan kelengkapan pemain lagu peribadi terbabit lebih mudah digunakan.

Penggunaan jek fon telinga yang ditempatkan di sebelah kiri iWatchz juga memudahkan untuk ia dipasang.

Tentera kian selesa ungguli Liga Perdana

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) terus mengungguli kedudukan teratas Liga Perdana selepas membenam cabaran Johor 4-1 di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.

Walaupun corak permainan pantas disajikan kedua-dua pasukan, namun kemenangan memihak kepada Tentera yang memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-33 menerusi kapten Hairuddin Omar yang menolak mudah bola hantaran Zaquan Adha Abd Razak.


Bagaimanapun tuan rumah bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-48 hasil rembatan Mohd Hamzani Omar selepas menerima bola tandukan pemain gantian Jeremy Mathew Danker sebelum Hairuddin melengkapkan hatrik kali kedua dalam tempoh empat hari apabila menambah dua jaringan pada minit ke-62 dan 72 sebelum Bruno Marteloto melengkapkan malam gemilang pelawat pada minit ke-89.

  • Di Stadium Olahraga USM, pasukan di tangga kedua, Pahang terus menghambat kedudukan Tentera di puncak liga apabila mengatasi USM FC 1-0




  • Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis gagal dalam misi mengejar tiga pasukan teratas apabila tewas mengejut 3-5 kepada pasukan tercorot, MBJB FC.




  • Di Stadium Sultan Ibrahim, MP Muar FC yang beraksi di depan penyokong sendiri berjaya menyekat kecemerlangan pasukan tangga ketiga, Sime Darby apabila mengikat kedudukan 0-0.




  • Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Harimau Muda B yang mendahului pada babak pertama gagal mempertahankan kedudukan itu apabila kalah 1-2 kepada Pos Malaysia. 




  • Di Stadium Hang Tuah, Perlis yang menduduki tangga kedua tercorot Liga Perdana terus dihimpit duka apabila tewas 1-2 kepada NS Betaria FC.

    Lagi berita menarik sekitar saingan Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.

    terima kasih
  •