Ammin Zul: Datuk K Cedera Parah, Kemalangan di New Zealand

Datuk K Cedera Parah, Kemalangan di New Zealand

 
Suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dilapor telah mengalami kemalangan di New Zealand, hari ini. 
Seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan, Datuk K mengalami kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya stabil. 
Ketika ini, Siti masih berada di Jakarta sementara menunggu penerbangannya ke Kuala Lumpur sebelum berangkat ke New Zealand esok, bagi melihat keadaan suaminya. 
Lantaran itu, Siti terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga 14 Disember ini.

semoga Dato' Siti Nurhaliza tabah menghadapinya.






credit: mediahiburan.karangkraf
.