Ammin Zul: Kenser Payu Dara "LELAKI"

Kenser Payu Dara "LELAKI"

assalamualaikom
dan selamat sejahtera



hari ni ammin nak kongsikan kepada kaum lelaki dan untuk pengetahuan bagi kaum wanita..

Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini. 

Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.

Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.

so.. bagi kaum lelaki harus berwaspada dan menjaga kesihatan supaya penyakit ini tidak bertambah pada setiap tahun. ..