Ammin Zul: 04/01/2012 - 05/01/2012

Miss Qerieyal 1st Giveaway : I Love My Blog"




Saya sukakan blog saya kerana saya dapat kongsikan apa2 saja cerita yang saya 
dengar dan saya alami untuk meraka yang datang dekat blog saya.
Jadi jom Follow saya.


BOB KUMAN


Ammin nak ceritakan pon ammin x tau nak cakap. ok kalau korang nak lihat apa sebenarnya yang belaku sila klik kat sini .... ok

Najwa Latif- kosong chord


Najwa Latif - Kosong Chord

Intro: Am Dm G C E

Am
Kau melihat diriku
Dm
Seperti sesuatu
G
Yang mencabar dirimu
C E
Akal dan mindamu
Am
Kau mendustaiku
Dm
Kau bilang mereka tak tahu
G
Siapa diriku
C E
Sedangkan kau juga begitu

Am
Segala kata cacian
Dm
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C E
Kosong...kosong

Am
Setiap detik diperhatikan
Dm
Kau cari cara putar belitkan
G
Kau jadikan diriku
C E
Kosong...kosong

Am Dm G C E

Am
Kini aku bangkit
Dm
Membuktikan yang ku tak sakit
G C E
Dengan segala perit yang kau berikan
Am
Kini aku pantas berjalan
Dm
Bergerak ke hadapan
G
Dan akan ku buktikan
C E Am
Siapa diriku yang sebenar
Dm G
owh..owh..
C E
Kosong...kosong

Am
Segala kata cacian
Dm
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C E
Kosong .. kosong 

Am
Setiap detik diperhatikan
Dm
Kau cari cara putar belitkan
G
Kau jadikan diriku

C E
Kosong...kosong

Am
Segala kata cacian
Dm
Yang telah engkau berikan
G
Membuatku rasa
C E
Kosong .. kosong

Keburukan Merokok


assalamualaikom
dan selamat sejatera

hari nai ammin nak kongsikan dengan korang tentang keburukan merokok, Mungkin ada yang dah tau dan ada yang tak tau lagi, bagi yang dah tau ni ammin nak ingatkan saja dan bagi yang tak tau tu ammin nak bagi tau..




Di antara kesan sampingan merokok termasuklah :-
1.      Deria hidung kurang sensitif.
2.      Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini
          lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi
          termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
3.       Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan
          untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang
          itu kerap merokok.
4.      Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
5.      Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan
          oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang
          hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.
6.      Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
7.      Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.
8.             Penyakit jantung.
9.      Kanser larinks dan esofogus.
10.    Kanser paru-paru.
11.        Kanser pankreas

Tetapi untuk pengetahuan korang ammin tak merokok... ok

Keputusan ABPH 25 2011



Kepada sesiapa yang tak sempat tengok tadi, ni ammin ada senarai nye..


Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz

Penyanyi Wanita Popular - Yuna

Artis Baru Lelaki Popular - Johan As’ari

Artis Baru Wanita Popular - Tasha Shilla

Pelakon Filem Lelaki Popular - Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

Pelakon TV Lelaki Popular - Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

Artis Komedi Lelaki Popular - Johan Raja Lawak

Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular - Zizan Raja Lawak

Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

Artis Duo/Berkumpulan Popular - 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)

Anugerah Seri Perak - Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah pencapaian sepanjang hayat - Dato Shiela Majid



Bintang Paling Popular ABPBH 2011 - Aaron Aziz

SEGMEN : blogwalking by Hansa.

jom semua kita join. kalau nak join klik sini 

--shah--

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com

Assalamualaikom
dan selamat sejatera

meh-meh, jangan tunggu lama2 sebap nanti abes. ok 
ammin tak nak cakap banyak2 lagi kalau koang nak join klik sini

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang

Petua Membela Kucing


Kucing merupakan haiwan peliharaan yang umum bagi rakyat Malaysia selain dari anjing, ikan dan ayam. Sifat kucing yang manja, comel dan lincah membuatkan ramai ingin memilikinya sebagai haiwan peliharaan atau pet di rumah. Namun di sesetengah kawasan perumahan, kucing tidak boleh dibela. Memang cukup mengecewakan bagi yang meminati kucing. Tapi ada juga yang minat dengan kucing, takut untuk bela kucing di rumah. Bukan atas kekangan peraturan, cara penjagaan menjadi permasalahan. EB juga mengalami perasaan yang sama pada mulanya. Setelah beberapa minggu membela kucing, baru EB tahu tak susah mana nak jaga kucing ini. Jadi dalam entri ini EB kongsikan langkah permulaan untuk bela kucing. Ingin EB ingatkan, I’m not a professional about cat, so I just share my experienced with cat for almost 6 months only. I hope if my informations gone wrong, do correct me.

Perkara Asas Perlu Ada di Rumah Untuk Membela Kucing :

  • Kawasan untuk meletakkan kucing – boleh jadi sangkar, bilik atau open. terpulang sama ada anda nak jadikan kucing peliharaan indoor cats atau outdoor. macam Mia ( my cat), EB latih suruh duduk dalam rumah (indoor). So, kalau keluar rumah. Letak dalam sangkar. Tapi dinasihatkan janganlah letak kucing terlalu lama dalam sangkar yang kecik, kesian mereka. Cuba bayangkan diri kita dalam tempat sempit, mesti tak selesakan?
  • Scratching pole/texture – ini penting supaya kucing tak mencakar kerusi kulit anda etc.  Mia dulu selalu cakar kerusi, tapi bila dah beli scratching pole, baru henti tabiat tu. Ini sebab kita dah sediakan alternatif untuk dia. Kalau kita tak nak barang-barang di rumah rosak, sediakanlah sesuatu texture untuk kucing cakar.
  • Litter box/ kotak pasir kucing – kucing macam manusia juga, perlu buang air. So litter box ini menjadi tempat untuk melepaskan hajat. Mungkin litter box ini lebih berfungsi kepada kucing indoor, kalau kucing outdoor mungkin akan buang merata-rata di luar. Kalau tinggal kampung oklah, tapi di bandar. Boleh buat gaduh dengan jiran!
  • Pasir kucing – boleh beli di mana-mana kedai yang menjualnya. Pelbagai jenis ada, yang kedap baulah, yang tiada habuklah. Belilah mengikut kemampuan masing-masing. Pasir ini perlu diletakkan di dalam litter box tadi.
  • Makanan kucing – kucing bukannya makan angin boleh kenyang. bukan juga menggunakan proses fotosintesis untuk terus hidup. Jadi kucing perlukan makanan. Malaysia memang mewah dengan makanan, begitu juga dengan makanan kucing. Jadi pilihlah makanan yang mengikut kemampuan anda dan umur kucing anda.
  • Permainan kucing – ini mungkin side need. tapi EB rasa penting kalau kita nak kucing yang aktif. biasa kucing suka kejar benda, jadi ciptalah sesuatu permainan yang boleh kucing kejar. Kalau Mia, EB sediakan satu rantai dan ikat sesuatu di hujung. Then Mia akan kejar benda di hujung tu. Sambil main dengan kucing, badan juga boleh senaman.

Perkara Asas Perlu Anda Lakukan Setelah Membela Kucing :

  • Menyayangi kucing anda – buat apa kita bela kucing kalau nak sepak terajang dia je? Jadi sayangilah kucing itu seperti menyanyangi orang yang paling anda sayang. sesungguhnya kucing juga ada perasaan.
  • Mandikan kucing – kalau banyak duit, boleh hantar ke pet shop. Tapi EB prefer buat sendiri. Just beli syampoo pet di kedai. Bawak masuk Mia dalam bilik air sambil dia meraung-raung. Basahkan badan dia dan sabunkan then bilas. Kucing pun kene mandi, kang busuk je kalau nak peluk-peluk dia.
  • Cuci pasir kucing – kucing punya litter box tiada flush, jadi pemilik kucinglah yang kene bersihkan sisa najis kucing tu. Mudah je, hanya pakai penutup hidung (kalau tak tahan bau), amik scoop, scoop najis, masuk dalam plastik. Siap! Lakukan perkara ini sekerap mungkin agar kebersihan terjamin. Rumah pun takdelah bau najis je.
  • Beri makan dan minum – bagilah kucing makan mengikut rutin yang sesuai. Jangan kasi bedal je.
  • Vaksin kucing – ini untuk mengelak kucing dari mendapat penyakit. Boleh bawa kucing ke klinik haiwan terdekat untuk mendapatkan suntikan. Tak mahal pun.
Kucing merupakan makhluk Tuhan juga. Jadi jagalah mereka, sayangilah mereka. Jika nampak mereka di luar, jangan sepak terajang seperti mereka patung tak bernyawa. Sungguh pun ada tak menyukai kucing, patutkah anda membencinya? Bagi sesiapa yang baru nak membela kucing, teruskanlah niat murni anda. Banyak ganjaran pahala diterima. Berilah kasih sayang padanya.

SEGMEN: SAPE NAK TAMBAH FOLLOWER


jom-jom....

PETUA BUANG VIRUS DI FACEBOOK...

haish..korang dapat x chat yang pelik2 x?? ammin berlambak-lambak dapat..ammin jumpa satu artikel di FACEBOOK pasal cara nak buang virus tu di Facebook masing-masing..senang je caranya..meh baca..



Page ini sengaja diwujudkan untuk meningkatkan kesedaran para pengguna Facebook untuk lebih berhati-hati terhadap virus Facebook atau lebih tepat lagi Facebook worm yang semakin merebak sekarang ini. Ia bermula apabila anda klik pada link yang anda peroleh samada di wall, chat, message atau event. Biasanya, ia berbunyi "hello, please click here to see who view your profile". Apabila anda klik link tersebut, virus tersebut sudah memasuki akaun Facebook anda. Virus tersebut dibina diatas platform Application menggunakan kod-kod tertentu.
Jadi, cara untuk membuangnya amat mudah sekali.
1) Log masuk kedalam akaun Facebook anda.
2) Klik pada menu Account > Privacy Settings.
3) Pada ruangan Apps and Website, klik pada link edit your setting.
4) Klik pada remove unwanted and spammy apps.
5) Kenalpasti apps yang digunakan untuk menghantar spam secara automatik. (apps paling atas adalah yang terbaru)
6) Apabila sudah dikenalpasti, klik pada tanda X di sebelah apps tersebut.
7) Klik Remove.
8) Ulangi langkah 5 hingga 7 untuk remove apps yang lain.
InsyAllah, cara tersebut berkesan. Jika ada cara yang lebih berkesan, sila post di wall page ini.
Sekian.... 

Kenser Payu Dara "LELAKI"

assalamualaikom
dan selamat sejahtera



hari ni ammin nak kongsikan kepada kaum lelaki dan untuk pengetahuan bagi kaum wanita..

Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini. 

Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.

Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.

so.. bagi kaum lelaki harus berwaspada dan menjaga kesihatan supaya penyakit ini tidak bertambah pada setiap tahun. ..