Ammin Zul: Wanita berubah wajah menjadi tua hanya dalam beberapa hari

Wanita berubah wajah menjadi tua hanya dalam beberapa hari

Doktor menjadi bingung dengan keadaan luar biasa seorang wanita berusia 23 tahun yang berubah wajah menjadi kelihatan seperti berusia 50 tahun hanya dalam masa beberapa hari. 

Kejadian yang berlaku pada 2008 menyebabkan seorang wanita Vietnam, Nguyen Thi Phuong kini mempunyai muka yang mengembung dengan kulit yang kendur. Dia sentiasa memakai penutup muka bila berada di khalayak ramai untuk menyembunyikan wajahnya dari diperhatikan.

Nguyen percaya apa yang terjadi pada dirinya adalah disebabkan oleh alahan kepada makanan laut, menyebabkan beliau mengalami tindak balas yang buruk di awal perubahan yang berlaku pada dirinya. Dia berkata: "Saya benar-benar merasa gatal di seluruh badan saya. Saya terpaksa menggaru walaupun ketika tidur." 

Dia mengambil beberapa ubat yang dibeli di farmasi tempatan dan tidak pergi ke hospital kerana suami, Thanh Tuyen, kini 33, tidak berkemampuan. Menurutnya lagi: "Selepas satu bulan mengambil ubat, gatal menjadi kurang tetapi kesan gatal pada kulit saya masih ada. Kemudian saya beralih kepada perubatan tradisional dan semua gatal-gatal hilang. Walau bagaimanapun, kulit saya mula mengendur dan berlipat." 




 Orang yang sama. Gambar Nguyen di sebelah kiri diambil semasa hari
perkahwinannya pada 2006. Di sebelah kanan gambarnya kini,
Nguyen yang baru berusia 26 tahun.

Pada 2 Oktober lalu doktor-doktor dari Hospital Nguyen Dinh Chieu di wilayah Ben Tre berkata mereka akan memeriksa Nguyen secara percuma dan akan menghantar beliau ke Hospital Dermatologi HCMC jika mereka gagal untuk mendiagnosis penyakitnya.


 Seorang suami yang tetap menyayangi isteri yang wajahnya
telah berubah menjadi lebih tua dengan tiba-tiba.

Thanh Tuyen, suami Nguyen yang bekerja sebagai tukang kayu menegaskan bahawa cerita adalah benar dan cinta kepada isterinya yang dulu seorang isteri yang cantik, tak pernah pudar.

disunting dari KOSMO 5/02/2012

TERIMA KASIH.