Ammin Zul: Panggung 3D

Panggung 3D

PEMINAT sistem teater di rumah kini berpeluang menerokai pengalaman baru menerusi inovasi sistem baru LG yang dilengkapi ciri tiga dimensi (3D) untuk pengguna tempatan. 

Sistem pembesar suara dengan ciri penyampaian bunyi 3D LG yang dikenali sebagai HX906TX itu memanfaatkan teknologi ciri penyampaian bunyi lebih menyeluruh.
Ia didatangkan dengan pembesar suara 9.1 berbanding siaran 5.1 konvensional.
Bunyi yang disalurkan menerusi HX906TX lebih bertenaga kerana menggunakan konsep saluran bunyi yang dihalakan ke atas. 

Lebih menakjubkan, bunyi yang disampaikan menerusi 10 pembesar suara sistem itu lebih enak didengari. 

HX906TX turut mengetengahkan teknologi perluasan lapangan bunyi meningkatkan keluasan penyampaian hasil audio. 

Antara produk menggunakan sistem HX906TX ialah pemain Blu-ray yang dilengkapi keupayaan penyampaian imej 3D 1080p HD. 
Ia mampu menyediakan hasil penyampaian imej 3D pada 12 bait, gradasi 4,096 dan sesuai digunakan bersama sistem audio 3D LG. 

Bagi memastikan penyampaian lebih bermutu, LG turut memperkenalkan ciri Smart TV bagi memastikan kandungan yang disediakan mampu menawarkan aspek premium untuk sesuatu sumber yang digunakan. 

Lebih memberangsangkan apabila LG HX906TX turut dilengkapi dengan ciri WiFi Direct, iaitu perkongsian mudah perkakasan audio visual pengguna di mana saja anda berada. 




berita disunting dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Panggung3D/Article/index

terima kasih