Ammin Zul: Tentera kian selesa ungguli Liga Perdana

Tentera kian selesa ungguli Liga Perdana

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) terus mengungguli kedudukan teratas Liga Perdana selepas membenam cabaran Johor 4-1 di Stadium Pasir Gudang, malam tadi.

Walaupun corak permainan pantas disajikan kedua-dua pasukan, namun kemenangan memihak kepada Tentera yang memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-33 menerusi kapten Hairuddin Omar yang menolak mudah bola hantaran Zaquan Adha Abd Razak.


Bagaimanapun tuan rumah bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-48 hasil rembatan Mohd Hamzani Omar selepas menerima bola tandukan pemain gantian Jeremy Mathew Danker sebelum Hairuddin melengkapkan hatrik kali kedua dalam tempoh empat hari apabila menambah dua jaringan pada minit ke-62 dan 72 sebelum Bruno Marteloto melengkapkan malam gemilang pelawat pada minit ke-89.

  • Di Stadium Olahraga USM, pasukan di tangga kedua, Pahang terus menghambat kedudukan Tentera di puncak liga apabila mengatasi USM FC 1-0




  • Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Polis gagal dalam misi mengejar tiga pasukan teratas apabila tewas mengejut 3-5 kepada pasukan tercorot, MBJB FC.




  • Di Stadium Sultan Ibrahim, MP Muar FC yang beraksi di depan penyokong sendiri berjaya menyekat kecemerlangan pasukan tangga ketiga, Sime Darby apabila mengikat kedudukan 0-0.




  • Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Harimau Muda B yang mendahului pada babak pertama gagal mempertahankan kedudukan itu apabila kalah 1-2 kepada Pos Malaysia. 




  • Di Stadium Hang Tuah, Perlis yang menduduki tangga kedua tercorot Liga Perdana terus dihimpit duka apabila tewas 1-2 kepada NS Betaria FC.

    Lagi berita menarik sekitar saingan Liga Super dan Liga Perdana 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini.

    terima kasih
  •